Sunday, April 11, 2010

'Reengineering' Cara Penyampaian

Mungkin biasa di gambaran pemikiran kita apabila seorang penceramah yang akan datang untuk menyampaikan ceramah,maka akan tergambar di pemikiran kita cara pemakaiannya,gerak lenggoknya dan cara penyampaiannya.Kebiasaannya para ustaz yang ingin memberikan ceramah akan menyampaikan sesuatu ceramah mengikut persiapan yang telah dilakukan olehnya.Kebanyakan para ustaz suka menyampaikan sesuatu kuliah atau ceramah dalam keadaan mereka duduk dan terus melontarkan buitran ceramah kepada para pendengar.Terkadang kita melihat ada dikalangan pendengar yang 'angguk' faham atas penyampaian yang cuba disampaikan oleh ustaz tersebut.Persoalannya,adakah mesej yang cuba disampaikan oleh ustaz tersebut sampai kepada para pendengar dan seterusnya dapat mengubah paradigma para pendengar tersebut?Perkara inilah yang jarang dipandang berat oleh sesetengah golongan ustaz atau penceramah dek kerana suatu istilah yang sesuai diberikan iaitu 'ss' atau 'sok sendiri'.

Namun,tidak dinafikan,apa yang penting adalah isi penyampaian berbanding dengan penyampaian yang diberikan.Tetapi, harus diingat,apabila kita ingin menyampaikan sesuatu perkara atau penyampaian,kita perlu fokus kepada 'siapa' yang kita ingin sampaikan,bukannya fokus kepada 'apa' yang kita ingin sampaikan.Cuba kita lihat produk-produk yang ada dipasaran,cara pembungkusan yang menarik dan cantik bukan sahaja nampak menyelerakan tetapi juga berjaya menarik minat pembeli untuk membelinya. Mungkin kita juga berpengalaman membeli sesuatu produk makanan,kita begitu tertarik dengan cara pembungkusannya,tetapi bila sudah beli,rasanya tak sesedap seperti apa yang digambarkan.Begitulah juga dari sudut penyampaian kita, walaupun intipati penyampaian kita bagus, tetapi cara persembahan kita hambar dan tidak memenuhi citarasa pendengar, maka penyampaian kita tidak akan mendapat sambutan yang baik dari pendengar.Oleh hal yang demikian, kita perlu mengetahui apakah tips-tips yang terbaik dan 'skill' yang perlu dimiliki oleh seorang penceramah atau seorang penyampai.

Terdapat 9 tips mudah bagaimana seseorang penceramah atau penyampai ingin meningkatkan mutu penyampaiannya. Tips yang pertama ialah membawa pendekatan yang mudah.Maksud membawa pendekatan yang mudah ialah memastikan mesej yang disampaikan mudah difahami.Kebiasaan kita melihat,ada sesetengah penceramah atau penyampai menggunakan 'istilah' yang terlalu tinggi dan sukar difahami.Selain itu, seorang penceramah perlu menggunakan bahasa yang 'dekat' dengan sasaran. Apa yang dimaksudkan dengan bahasa yang 'dekat' ialah bahasa yang biasa digunakan oleh pendengar. Jangan menggunakan bahasa yang 'bombastik' kerana ia akan menyebabkan para pendengar tidak akan memahami mesej yang cuba disampaikan.

Tips yang kedua ialah menyampaikan hujah yang rasional. Hujah yang rasional bermaksud hujah yang berkaitan dengan dalil aqli dan naqli. Apa yang dimaksudkan dengan dalil naqli ialah dalil-dalil dari Al-Quran dan dalil aqli ialah daripada dalil-dalil akal. Penyampai juga boleh menggunakan bahan 'rasa' yang lebih kepada rasa hati. Contoh apabila kita melakukan dosa,apa perasaan kita,tentu rasa gelisah kerana melakukan dosa kepada Allah.Itulah rasa yang ada bagi insan yang melakukan dosa kerana sifat semulajadi roh adalah dekat dengan Allah s.w.t.

Tips yang ketiga ialah menggunakan kaedah menyentuh. Apa yang dimaksudkan dengan menyentuh ialah isi penyampaian mempunyai nilai sentimental (sayu,sedih dan lain-lain). Pendekatan ini perlu digunakan bagi mengambil perhatian para pendengar agar apa yang disampaikan menyentuh hati dan perasaan mereka. Selain itu,isi penyampaian juga perlu ada nilai intelektual iaitu mengandungi fakta, ilmu dan hikmah. contohnya ialah menggunakan nas Al-Quran dan hadis.Hal ini penting kerana ada dikalangan para pendengar yang akan tertarik dengan fakta ilmiah yang disampaikan.Disamping itu,penyampai juga perlu juga menyampaikan bahan mengenai nilai kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Perkara ini penting bagi membuka minda para pendengar untuk melihat dimensi kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

Tips yang keempat ialah memastikan intipati penyampaian mempunyai kesinambungan antara satu sama lain ataupun 'structured knowledge'.Para penyampai perlu meneliti dan melihat intipati penyampaian tersusun antara satu tajuk dan tajuk seterusnya supaya ia jelas dan terfokus kepada apa yang cuba ingin disampaikan oleh penyampai.Hal ini penting kerana ada dikalangan penyampai yang menyampaikan sesuatu penyampaian tidak melihat dahulu 'storyboard' penyampaiannya menyebabkan intipati penyampaian tidak menepati apa yang cuba disampaikan. Perkara ini menyebabkan mesej yang cuba disampaikan 'terawang-awang' dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Tips yang kelima ialah intipati penyampaian mestilah realistik dan praktikal.Ada sesetengah penyampai yang menyampaikan sesuatu perkara tidak melihat kepada perkara yang 'realistik' dan semasa.Kenapa ini penting? Ini adalah kerana sekiranya seseorang penyampai tidak menyampaikan sesuatu intipati yang realistik,ini menyebabkan para pendengar tidak akan memahami apa yang cuba disampaikan oleh penyampai tersebut. Hal ini menyebabkan para pendengar akan bosan dengan apa yang disampaikan oleh penyampai dan tidak akan mendengar apa yang cuba disampaikan oleh seorang penyampai tersebut.

Tips yang keenam ialah memastikan intipati penyampaian mempunyai metafora, analogi dan tamsilan. Apa yang dimaksudkan dengan metafora ialah contoh-contoh yang boleh digunakan yang hamoir dengan pendengar. Contoh metafora ialah ilmu ibarat air yang mengalir. Analogi dan tamsilan juga adalah contoh-contoh yang boleh digunakan dalam penyampaian agar penyampaian tersebut mudah difahami dan dihayati oleh pendengar.

Tips yang ketujuh ialah mengadakan ruang interaksi. Para penyampai hendaklah mewujudkan interaksi dengan para pendengar contohnya bertanya, mengemukakan persoalan agar para pendengar boleh berinteraksi dengan penyampai. Mekanisma ini perlu dilakukan agar proses penyampaian dan penerimaan mesej bukan sekadar satu hala tetapi berlaku secara dua hala.

Tips yang kelapan ialah menggunakan konsep 'adult learning'.Apa yang dimaksudkan dengan 'adult learning' ialah proses pembelajaran oleh golongan dewasa.

Penceramah to Motivator

Mungkin kita tertanya-tanya adakah 'penceramah' beza dengan 'trainer'.Persoalan ini biasa diutarakan oleh masyarakat umum yang hanya mahukan input.Mereka hanya mahu 'menerima' input berbanding untuk 'memberi' input. Mungkin secara umumnya kita maksudkan penceramah dan trainer adalah dua individu yang sama,tetapi pada hakikatnya tidak. Secara yang tersiratnya, penceramah adalah golongan yang hanya memberikan 'informasi' kepada pendengar atau klien.Golongan ini biasanya akan menyampaikan sesuatu mengikut apa yang mereka 'rasa' bukannya mengikut rasa pendengar.Berbeza dengan trainer (motivator, mereka mempunyai 4 ciri tersebut iaitu ;

1) Information - memberikan maklumat dan ilmu
- membuat satu perkara itu jelas
- memaparkan fakta dan kajian
- memberi data-data perkembangan terkini
2) Entertainment - menghiburkan pendengar
- gurauan yang menyegarkan
- sindiran yang melucukan
- bukan lawak 'bodoh'
3) Convincement - menyakinkan
- menekankan betapa penting/ bahaya/ baik/ benar
- mengubah pemikiran
- dapat dihayati (rasa)
4) Influencing - mempengaruhi untuk bertindak
- bawa kepada mesej bukan peribadi
- untuk mendapat tindakan
- body language
- gerak hati (tidak boleh berlakon)
- spontan (auto-pilot)
4 ciri di atas adalah ciri yang perlu ada oleh seorang trainer (motivator) dalam membawa peranan mereka di tengah masyarakat.Inilah yang perlu ada terutamanya kepada seorang 'penceramah' di zaman globalisasi masa kini agar mesej dakwah yang ingin disampaikan dapat diterima oleh masyarakat dan dapat diaplikan oleh masyarakat. Semoga semua penceramah yang ada di seantero dunia sekarang teruskan dakwah mereka dan semoga mereka akan melakukan tranformasi daripada penceramah to trainer (motivator).